FDCH = Success

Aug 10, 2011 1 Note(s)

Salam Ramadhan.

 A week has passed. Memang cepat rasa Ramadhan kali ni. Pejam celik, pejam celik, tiba-tiba dah nak raya je. Well, I’m not that excited though. Raya seems like just another holiday for me. But I’m grateful because my leave application was granted despite the fact that I’m still new here. Alhamdulillah.

 Macam dah disusun dengan baik, everything falls on the right place. Now I can really concentrate on something and I know that I’m secured, at least for the coming year. I have lots of commitments, so I need to work hard to ensure everything is in the right order. Yes, I have that problem. I want *almost*everything to be perfect. If it’s not, then I won’t feel good, for a while.

 It’s quite tiring actually to have that kind of attitude because I wonder why the hell should I care for every little things? Some things are not meant to be perfect, and it’ll stay that way no matter how hard I try to change it. Kadang-kadang aku rasa aku ni keras kepala. I hate it when thing are not the way I want it to be. Because deep inside, I believe it should be the way I believe it should be.Yes, I can be wrong at times but I know in most occasions, I’m right. I’m not basing my judgments solely on my emotions, but they are based on my own experience.

Pengalaman lalu menjadikan aku lebih berhati-hati dan aku bersyukur, masih diberikan ruang untuk menimba pelbagai pengalaman baru. Aku suka memberi nasihat. Bukan sebab aku merasakan aku sudah cukup bagus untuk menasihati orang lain, tetapi sebab I think it’s my responsibility to share the lessons I’ve learned selama aku hidup. Aku suka bertanya pada diri sendiri, dan aku akan mencari jawapan pada setiap persoalan yang timbul. Dari situ juga, aku belajar tentang banyak perkara.

Tapi biasalah, tak semua orang suka menerima nasihat, atau diberi pengetahuan yang baru, lebih-lebih lagi kalau ianya bercanggah dengan kebiasaan mereka. Manusia kan? Objek yang paling sukar diubah.

Manusia hanya boleh berubah kalau dirinya sendiri membenarkan perubahan itu terjadi. Perkara berkaitan hati dan perasaan terutamanya memang sukar diubah, kerana ianya memerlukan kekuatan dalaman yang tinggi, tetapi ianya tidak mustahil. Perkara seperti perangai, tabiat, ataupun yang sewaktu dengannya on the other hand, lebih senang untuk dibentuk sekiranya kita yakin dan percaya ianya boleh diubah.

Di sini, determination dan semangat play a huge role. Kalau kita diberitahu, ada beberapa benda yang kita buat adalah salah, seharusnya kita cuba untuk memperbaiki keadaan itu. Manusia tidak akan berjaya kalau sentiasa selesa dengan keadaan dirinya. Why would you want to have only 10 dollars when you know you can have more? That was just a simple analogy.

I’m a kind of person yang tidak suka sesuatu yang sama, in certain areas. I want to do and see new things. And I love seeing progress. Progress means to me, something is actually being done, and it is on its way to completion. Biarpun lambat, tapi asalkan usaha itu ada.

Tapi, semuanya bergantung pada attitude seseorang individu. Kalau kita betul-betul percaya dan menerima apa yang kita buat itu tidak betul, tentu kita akan berusaha dengan sehabis baik untuk memastikan perubahan akan berlaku. Tapi kalau kita hanya bersikap endah tak endah, ianya hanya ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kanan balik (go figure!).

Remember, the key to success is focus, determination, commitment, and of course, hard work. Semoga kit semua berjaya :)

Saatnya Akan Tiba

Jul 14, 2011 2 Note(s)

Dah lama tak menulis di sini. Seperti biasa, blog menjadi tempat luahan gumpalan dan longgokan perasaan yang terpendam selama ni. I can't help but to feel sad about what had happened lately. I never expected things to turned to be so serious and extremely hurtful.

In my life, I have never purposely tried to hurt anyone's feeling. Because I know, macam mana sakitnya rasa kalau orang lain sakitkan hati kita. But perhaps, along the way, I might have hurt anyone without realising it. Manusia mudah leka dan acap kali kita terlepas pandang mahupun tersalah dalam berbahasa. Selari dengan waktu dan usia, kita seharusnya sedar dan sentiasa reflect diri agar sentiasa berwaspada supaya kita tidak terpijak garisan-garisan halus kehidupan.

Kadangkala, bukan niat di hati ingin menunjuk pandai atau cuba untuk menggambarkan pada yang lain kita ini sempurna tetapi salahkah kalau kita ingin menegur ataupun memberitahu kesalahan yang dilakukan oleh orang u lain? Mungkin niat untuk menegur itu wujud kerana kita sendiri pernah melakukan kesalahan yang sama, jadi dek kerana kita tahu kesalahan itu tidak wajar dilakukan oleh orang lain, terutama mereka yang kita kenali dan kita sayangi.

Dalam berkawan, kita digalakkan untuk mengamalkan sikap saling tegur-menegur. Tetapi ianya bergantung pada cara, dan personaliti individu. Ada yang tegur secara halus, dan ada yang menegur secara kasar. Dari sudut penerimaan, itu bergantu bagaimana seseorang itu mengintepretasikan teguran yang disampaikan,

Jangankita  menganggap orang yang memberi teguran merasakan dirinya bagus itu akan menghadkan diri kita untuk menerima teguran-teguran yang diberikan sebaik mungkin.

Aku idup di muka bumi ini hampir 24 tahun. Lebih separuh dari jumlah itu, aku habiskan untuk mengenali ramai manusia yang digelar kawan. Tetapi kebanyakkannya tidak aku simpan kerana perbezaan pemikiran, gaya hidup dan banyak lagi menjadi faktor penentu. Bagi aku, ianya bukan satu kerugian yang besar kerana mungkin mereka juga merasakan benda yang sama. In my honest opinion, lebih baik kita berkawan dengan mereka yang benar-benar jujur dan ikhlas untuk berkawan dengan kita. Quality is better than quantity.

Dalam banyak tahun itu juga, pelbagai pengalaman telah aku titip. Banyak kesilapan yang aku buat, dan banyak jugak kesilapan dibuat ke atas aku. Jatuh dan bangun telah aku rasa. Mungkin ada yang befikir, besar mana cabaran yang aku tempuh tu..but at least I've been through it so of course, i know it better than you.

Sepanjang aku berkawan, aku percaya pada prinsip, jangan susahkan kawan-kawan. Kalair aku selesa dengan sesorang, aku akan teruskan perhubungan dan akan cuba menjaganya sebaik mungkin.Lebih-lebih lagi kalau mereka yang lebih muda daripadaku. Aku merasakan, seperti ada tanggungjawab untukku menjaga mereka seperti adik-beradik sendiri. Kerana apa? Kerana aku tidak mahu mereka melakukan kesilapan yang pernah aku lakukan.

Tapi sebenarnya, disitulah kesilapan aku yang paling utama. Mereka juga manusia biasa yang punyai keinginan, punyai nafsu dan perasaan ingin tahu. Aku hanya mampu menegur dan mengingatkan, tetapi pilihan tetap di tangan mereka. Lagipun, aku hanya sekadar kawan.

Apa yang telah berlaku baru-baru ini sangat mengajar aku untuk lebih berhati-hati dengan mereka yang aku gelar kawan. Di depan aku, senyuman manis dilemparkan. Kata-kata pujian diberikan, dan gelak hilai tawa dikongsi bersama. tetapi, di dalam hati, tiada siapa yang tahu apa yang bermain sebenarnya. Aku tidak pernah menyangka seseorang yang telah aku anggap sebagai sahabat sanggup untuk cuba memburukkan diri aku hanya kerana aku menyuarakan kejujuran.

Kalau aku punyai pendapat, dan kalau aku menyuarakan pendapat itu,dan pendapat itu disokong oleh beberapa pihak yang lain, adakah itu satu kesalahan? Kenapa harus ianya dijadikan bahan agar orang lain boleh membenci aku? Kekurangan dan kesilapan yang aku suarakan adalah perkara yang telah aku amati, dan aku bukan bercakap secara membabi buta semata-mata untuk mencari kesalahan orang lain. Aku cuba untuk meneggakkan keadilan tetapi nasib tidak menyebelahi aku. Tetapi kenapa harus aku cuba diburukkan, lebih-lebih lagi untuk seseorang yang aku anggap sebagai teman baik?

Bermula dari situ, aku makin mengenali siapa yang ada disekilingku. Rupanuhya manusia yang penuh kepura-puraan. Mereka-mereka yang hidup bertuankan hipokrasi. Di depan kamu baik, di belakang kamu, hanya Tuhan yang tahu.

Aku cuba mengawal hati walaupun kekecewaan dan kemarahan melanda. Jadi aku salurkan menerusi laungan di rangkaian sosial dengan niat agar insan yang mencetuskan kemarahan aku itu bisa nampak apa yang ingin aku sampaikan. Mungkin aku silap kerana tidak terus berdepan.

Tetapi suatu hari, seakan Tuhan memberi aku petunjuk, aku digerakkan untuk lebih mengetahui apa yang sedang berlaku. What I saw was absolutely tragic. My heart literally crushed. I felt humiliated dan seakan menyesal kerana mengenali mereka-mereka yang terlibat. Tidak cukup cercaan untuk diriku, mereka dengan senang hati melemparkan hinaan untuk teman baikku yang lain. Layak kah mereka untuk berbuat begitu sedangkan mereka sendiri pun masih tercari-cari kemampuan diri?

Tatkala itu aku sedar, jangan mudah mempercayai manusia. Kemarahan aku meluap-luap lalu aku melemparkan lagi laungan agar dapat dilihat oleh mereka yang terlibat. Tetapi sebenarnya aku hanya fokus kepada seseorang. Akan tetapi, sayangnya seseorang itu tidak mengerti atau sengaja tidak mahu mengerti aku sebenarnya menujukan segalanya untuk dirinya. Dan dengan senang hati juga, dia menyatakan bahawa laungan aku itu untuk orang lain sehingga ada yang terasa hati tanpa mengetahui perihal sebenar.

Aku yang bodoh, atau mereka yang ignorant? Lalu aku terus melemparkan peringatan dengan niat untuk'menyelamatkan' insan lain daripada terus tertipu dengan persembahan lakonan pentas yang hebat. Sayangnya, aku dinggap jahat. Aku melemparkan batu tetapi batu itu ditepis menghala ke arah yang lain sehingga yang lain itu merasakan kesakitan seolah-olah aku ingin menyakitinya?

Siapa yang menuduh tanpa usul periksa? Aku atau yang lain? Sedangkan aku tahu, aku punyai bukti yang cukup untuk diriku. Apakah bukti yang kau ada untuk menuduh aku?

Terkilan, memang terkilan. Tetapi aku yakin, suatu hari segalanya akan terbongkar. Cuma yang pasti, sekarang ini, jelas dimataku, dan dihatiku, siapa kawan, siapa lawan. Jangan mudah kau ambil enteng kemampuanku. Harinya akan tiba.

What goes around, comes around. Itu hukum karma. Hukum karma adalah hukum kehidupan. Dan hukum kehidupan nyatanya hukum Tuhan. Jangan lagi kau persoalkan.

Nota Buat Kawan

May 24, 2011 2 Note(s)

Aku paling benci orang yang bermuka-muka dan berperangai lalang. Tidak punyai pendirian dan hanya mengikut siapa sahaja yang memberikan faedah kepadanya. Tak guna kau bersembahyang 5 waktu sehari kalau hatimu masih lagi kotor. Saat kau menangis, aku yang kau cari kerana menginginkan simpati. Lalu aku terus memberi kerana aku jujur peduli. Tapi sayang, kalau lupa saat-saat itu kerana kau kini dibutakan dengan keseronokan dunia yang bersifat sementara. Kau berpaling dan lebih suka mengejar apa yang kau rasakan hebat kerana bagimu ianya memberikanmu kuasa dan nama. Mungkin akalmu masih lagi mentah kerana menganggap kaca-kaca itu intan permata. Aku hanya mampu berdoa agar kesedaran kelak melekat di jiwamu. Tetapi buat masa ini, mungkin lebih baik untuk aku luputkan mu daripada lingkungan hidupku. Terima kasih atas segalanya. Moga kau terus bahagia :)

Oi Blogger!

Apr 19, 2011 4 Note(s)

Salam.

Dah lama tak menulis kat sini. I'm just too busy with some projects dan juga my new baby, TekanPlay. But at the same time, rasa tatau nak update apa kat sini. But lately ni ade few incidents yang made me think and wonder few things. 

Zaman sekarang ni, blog dah jadi salah satu tempat untuk para blogger berniaga kan?. Ramai blogger skang menggunakan concept macam conventional magazines, dimana the publisher akan jual space for ads. Begitu jugak dengan TV stations, radios and so forth. Basically, iklan boleh menjana untung untuk sesiapa saja. 

For me, memang tak salah nak menjana untung melalui blog. Sambil menyelam minum air, sambil blogging, sambil buat duit. But what makes me wonder is, masih adakah lagi keikhlasan dalam penulisan blogger-blogger sekarang? Hmmm. 

Ni ada beberapa points yang boleh difikirkan dan jugak maybe boleh jadi panduan untuk new bloggers. 

1. Jangan blogging semata-mata nak jadi terkenal. Mungkin sebab semakin ramai blogger menjadi terkenal, anda pun teringin nak jadi terkenal macam mereka. Jadi anda pun buat satu blog dengan harapan anda boleh jadi seperti mereka. It's not that easy dear...

2. Tulis dengan ikhlas. Penulisan yang baik adalah datang dari hati. Tak perlu meniru apa yang orang lain buat. Tak bagus. 

3. Isilah blog dengan content yang original. Tolonglah jangan copy paste artikel daripada sumber yang lain, lepas tu leave it as it is. Kalau nak letak artikel tu pun, cuba lah macam komen something from your point of view about the topic or whatsoever. Dan biarlah komen itu bernas ye. Kalau setakat komen buat lawak bodoh, baik tak payah. 

4. Jangan memuji dan mencaci semata untuk populariti. Again, ni juga berkait rapat dengan point kedua. I can see ramai blogger skang rajin memberi komen terhadap sesuatu macam filem atau muzik. Memang semua orang boleh komen terhadap pelbagai benda, but please, don't call yourself a critic kalau tatau mengkritik. Berbeza ye. Fahami tujuan sebenar penulisan anda. Kalau setakat menulis review, atau pun komen yang penuh dengan puji-pujian, hanya untuk dipandang elok oleh mereka yang dipuji, silalah berhenti. Tak guna dik oi. Kalau setakat kasi komen, "it was amazing!" "the movie was good" and god knows what else,  tanpa sebab kenapa komen sebegitu diberikan, better keep it to yourself. Pengkritik yang sebenar kena menilai sesuatu benda itu dari segala sudut dan akan sentiasa belajar tentang subjek yang ingin dikritik bagi menaikkan kredibiliti penulisan. 

Banyak actually nak cakap pasal point no 4, sebab it's annoying kalau berjumpa dengan so called 'penulis' sebegini. Mereka tidak sedar yang mereka hanya menunjukkan bagaimana tahap 'kecerdikkan' mereka dalam menilai sesuatu. Hanya sebab ingin berada dalam kelompok mereka yang 'popular', golongan sebegini sanggup untuk menjadi hipokrit kerana tidak mahu dipandang sepi. Mereka mahu dikenali, mahu disukai. "I'm a blogger, I write about music, films and etc etc, so LOOK AT ME!". Tapi bila ditanya, apa tujuan anda menulis semua itu? Mungkin tak terjawab, atau hanya akan memberi jawapan kerana minat. Fine, anda minat, tapi tak bermakna anda 'kenal' apa yang anda minat kan? Minat harus disertakan dengan ilmu. Dan ilmu itu datang dari pengalaman menerusi pemerhatian dan jugak pembelajaran secara rasmi mahupun tak rasmi. Ingat senang ke nak kritik? Kalau note piano pun tak kenal, toksah feeling music reviewer ye. Kritiklah benda yang anda tahu dan kenal sahaja. 

Lebih menjelikkan lagi, kadang-kadang tu mereka ni sanggup menulis yang baik-baik di blog tentang sesorang atau sesuatu produk tetapi in reality, Tak suka pun sebenarnya. Hadoilah, kenapalah writer ataupun blogger sebegini wujud!! Dinch!!

Blogger dan wartawan adalah golongan yang berbeza. Sebagai blogger, anda mempunyai ruang yang lebih besar untuk menjadi jujur dalam penulisan anda. Jadi gunakan ruang yang ada sebaiknya. Berhenti menjadi hipokrit hanya kerana ingin mendapat nama. Dan tak perlulah too desperate untuk dikenali. Tolonglah, lemas ok!

Menulis biarlah berisi. Jangan sekadar menulis KOSONG hanya untuk meraih populariti. Nak puji ke, nak caci ke, boleh sahaja, tapi semuanya biarlah bersebab. Penulis yang baik, adalah penulis yang akan sentiasa menilai balik hasil tulisannya, termasuklah grammar mistakes (bagi yang menulis dalam bahasa Inggeris). Kalau setakat sikit masalah tatabahasa tu takpelah, but ni consistently salah. Buat malu je... 

Satu lagu, tajuk post tu, tolonglah jangan buat tajuk-tajuk yang vast tapi content HADO! Aku yang tertarik nak baca, rasa tertipu ok??

Banyak lagi nak bebel, tapi takpelah, kalau ingat, I sambung bebel. 

Till then :)