Anugerah Seri Angkasa (ASA) kembali lagi untuk edisi tahun 2010 setelah direhatkan selama 4 tahun. Kali terakhir anugerah ini dilangsungkan adalah pada tahun 2006. ASA dianjurkan bagi mengiktiraf hasil karya seni yang ditayangkan di stesen TV dan radio tempatan. Diasaskan pada tahun 1972 oleh Kemeterian Penerangan Malaysia, ASA sebelum ini hanya melibatkan karya yang dterbitkan dan ditayangkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). Tetapi pada tahun 2006, ASA telah dirombak apabila ia penyertaan turut dibuka kepada stesen televisyen dan radio swasta yang lain, sekaligus menjadikannya lebih berprestij. Pencalonan Top 5 juga telah diumumkan dan ramai nama hebat dalam industri lakonan telah berjaya menempatkan diri dalam senarai akhir. Majlis penganugerahan akan dilangsungkan pada 19 Februari ini.
ASA kali ini turut mencalonkan seorang bakat cilik yang memang terkenal, Fimie Don. Fimie Don atau lebih dikenali dengan nama Fimie adalah seorang bintang muda yang cergas mencipta nama dalam bidang seni lakonan tanahair. Semakin meningkat remaja, pelakon yang baru menjengah usia 13 tahun ini mula melibatkan diri dalam kancah lakonan seawal usia 6 tahun. Sehingga kini, Fimie telah membintangi lebih daripada 50 drama TV, 30 iklan dan 6 buah filem. Selain berlakon, anak cilik ini juga aktif sebagai pengacara dan mula berjinak-jinak dalam bidang seni nyanyian apabila telah berjaya menghasilkan 2 buah single bertajuk 'Bintang-Bintang' dan 'Untuk Mama & Papa'. Kejayaan paling besar bagi Fimie adalah apabila beliau telah dilamar oleh gergasi dunia penerbitan tempatan, KRU Studios untuk membintangi filem bercorak pengembaraan fantasi 'Magika'. Fimie telah mendapat peluang untuk beraksi di samping bintang-bintang besar tanahair seperti Ziana Zain, M.Nasir, Maya Karin, Mawi dan ramai lagi. Beliau juga telah merekodkan 2 buah lagu untuk runut bunyi filem tersebut. Kariernya memuncak apabila beliau telah diiktiraf sebagai Pelakon Kanak Kanak Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 menerusi filem tersebut. Satu pencapaian yang amat membanggakan bagi keluarga dan para peminatnya!
Kejayaan Fimie Don tidak datang dengan mudah. Setiap yang dikecapinya adalah hasil usaha keras dirinya, dan juga kaum keluarganya yang tidak pernah putus memberi sokongan dan bantuan yang diperlukan. Ditambahkan lagi dengan sikap beliau yang ramah dan senang didekati, Fimie tidak pernah putus mendapat tawaran berlakon dan bakatnya sentiasa dipandang ramai sehingga beliau telah dilabel sebagai Pelakon Kanak-Kanak Paling Berbakat oleh Hip TV terbitan TV9. Pelbagai lagi projek yang akan dijayakan oleh pelakon berbakat besar untuk tahun ini. Terbaru, beliau telah berjaya mendapat tempat dalam senarai akhir Anugerah Seri Angkasa 2010 bagi kategori Pelakon Drama Kanak-Kanak Tebaik menerusi lakonan berkesannya dalam drama 'Surat Untuk Amin' yang ditayangkan di TV9. Berita ini pasti menggembirakan para peminat Fimie yang sentiasa meyokong kerjayanya. Mampukah Fimie menggondol anugerah tersebut sekaligus menewaskan calon-calon yang lain? Semua akan terjawab pada 19 Februari ini.
Bagi mereka yang meminati Fimie Don, blog ini dengan rasminya akan menganjurkan satu contest yang pastinya menarik, Contest ini mendapat sokongan penuh daripada pihak Fimie Don sendiri! Apa yang perlu anda buat hanyalah menjawab beberapa soalan yang mudah serta melengkapkan slogan dengan ayat yang paling menarik.
Mudah kan?
Nak tahu hadiahnya apa?
![]() |
| Pemenang utama akan menerima 1 x DVD filem Magika dengan signature Fimie Don, 1 x Single Fimie Don dan koleksi barangan Fimie Don. |
![]() |
| Pemenang kedua akan menerima 1 x DVD filem Magika dengan signature Fimie Don dan koleksi barangan Fimie Don |
![]() |
| Pemenang ketiga akan menerima 1 x Single Fimie Don dan koleksi barangan Fimie Don |
- Nyatakan tahun kelahiran Fimie Don. Tahun ye, bukan tarikh.
- Nyatakan salah satu drama lakonan Fimie Don.
- Fimie Don juga pernah menjadi pengacara program terbitan TV9. Nyatakan nama program tersebut.
- Nyatakan salah satu tajuk single nyanyian Fimie Don.
- Lengkapkan slogan ini dengan ayat yang paling kreatif :
Fimie Don berpotensi menjadi bintang ternama negara kerana.... (tidak melebih 15 patah perkataan)
Syarat penyertaan:
- Semua jawapan haruslah diemelkan kepada adiluqman@gmail.com.
- Tarikh tutup penyertaan adalah pada 27 Februari 2011, pukul 11.59 mlm.
- Hanya penyertaan yang lengkap sahaja akan diterima.
- Bagi peserta yang mempunyai blog (kalau tak ada, takpe), anda dialu-alukan untuk membuat satu entri khas berkenaan Fimie Don dan contest ini. Sekiranya entri tersebut menarik perhatian para juri, hadiah misteri bakal menanti anda. Nak tau apa? Cubalah buat entri yang best! Pemenang pasti 'terhibur' dengan hadiah tersebut.
Ha, ni ada pesanan daripada Fimie!
Selamat mencuba ye!









10 Note(s):
menarik...hhehehe
nice
ok nk cuba :)
leh tau, adiluqman dgn fimie ade hub sedare ke?
tadaa..assignment saya pasal contest fimie da pon siap. sila la adilinya dengan bijaksana..hihi
http://leyzajamil.blogspot.com/2011/02/fimie-don-famous-ke-dia-tu.html
akhirnya...
http://ayesharamlee.blogspot.com/2011/02/siapa-shafimie-saedon.html
hehe saya try..
sesaje cubaa nasib ngee~
assalamualaikum
saya participate contest ini dan telah send mail contest ke e-mail
adiluqman@gmail.com
sila maklumkan keputusan contest ke inbox e-mail saya atau ke inbox FB di
facebook.com/putracrimson
sekian
terima kasih
wassalamualaikum
Contest ini dah ditutup secara rasmi.
Kepada semua peserta, terima kasih kerana menyertai contest ini. Ada juga yang hantarkan email, tetapi tidak meninggalkan komen di sini, saya masih terima penyertaan tersebut. nanti keputusannya dalam masa terdekat :)
tak sabarnye nak tau result!!
jgn lupe infom sy ye tq :)
Post a Comment