Terima Kasih Cinta!

Feb 24, 2011

Alhamdulillah. Berkat kesabaran, akhirnya berkesempatan jugak untuk tonton teater muzikal Terima Kasih Cinta. Dah lama plan nak tengok. Minggu lepas dapat jemputan press preview tak dapat. And then tetiba I menang contest Qarl, dapat sekeping tiket TKC but I'm not so sure when is the show. Takpelah, ingat tunggu jela kan. But suddenly dapat offer untuk attend Gala Night show. Of course tawaran tu tak akan ditolak kan? Lagipun, seat yang diberikan, ratus nilainya! Har har har! 


Terima Kasih Cinta (TKC) the musical is show yang diadaptasikan daripada filem hebat arahan Kabir Bhatia, Cinta yang menggabungkan kisah 5 kehidupan yang saling berkait dengan cinta. TKC masih lagi mengekalkan cerita yang sama walaupun ada sikit perubahan here and there. Pelakonnya pulak totally different. Apa yang menarik, TKC dipenuhi dengan para penyanyi yang mempunyai bakat lakonan. Memang the cast semua boleh menyanyi. 

TKC dibintangi oleh pelakon dan penyanyi hebat tanahair Safura, Latif Ibrahim, Tony Eusoff, Norish Karman, Vince Chong, Nadia Aqilah, Shajiry, Faradhiya, Deja Moss, Anding and Diddy Hirdy. TKC mengangkat kisah cinta 5 pasangan yang berbeza. Setiap satu mempunyai keindahan dan keperitan yang tersendiri. Kepada yang pernah menonton dan meminati filem Cinta, mesti akan ingat betapa hebatnya kisah-kisah yang dipaparkan dan terkesannya dalam hati. Begitu jugak dengan TKC yang mampu membuat hati penonton luluh dengan keberkesanan lakonan dan penyampaian lagu. 

Dari segi emosi lakonan, tiada yang cela. I loved the film, so I couldn't help myself from comparing them both pada awal cerita. I don't remember Arianna (Nadia Aqilah in TKC, Sharifah Amani in Cinta) sangat cheerful dalam film. But then again I have to treat them both differently. 

Secara keseluruhan, TKC is a great musical. Latar muzik yang hebat disertakan dengan lakonan yang mantap. Best actor, its a tie between Tony Eusoff (Haris) and Norish Karman (Airin). The fighting scene was so intense walaupun takde pukul-pukul ke apa. It was superb. Best singer goes to Vince. He was extremely good. Best song semestinya lagu 'Sejati'. Rasanya lagu tu yang paling mendalam dan kuat sangat dengan cerita. 

Tapi sayangnya, walaupun TKC hebat dengan props yang simple, lakonan yang memukau dan lighting yang bagus, ada kelemahan dari segi kesinambungan cerita dan skrip. Ada certain parts yang agak lemah. Contoh macam terlalu cepat Azlan (Shajiry) nak offer Azura (Faradhiya) keluar makan hanya selepas dengar Azura kritik isi majalah Azlan dalam satu ayat. Ade few lagi yang jelas nampak macam 'erk!' tapi rasanya semua ni mungkin sebab terpaksa sumbat 5 cerita dalam jangkamasa 3 jam..yang banyak disertakan dengan lagu. Setiap kali nyanyi je dah 5 minit. So? Huhu. 

Walaupun TKC taklah seindah dan sehebat filem Cinta, tapi TKC madih boleh diberikan pujian yang tinggi kerana kejujuran dalam menghasilkan sebuah muzikal, amat jelas. Dan TKC sewajarnya layak dipanggil sebuah muzikal teater. Bukan macam certain pengkarya yang berangan nak buat muzikal, tapi tak nak pastikan muzikal tu sempurna. Hasilnya caca marba dan syok sendiri. Dan tak semua teater tu wajar dimuzikalkan. :)

Team TKC, syabas! Sebagai penonton, saya puas! 

Untuk maklumat lanjut berkaitan teater ni dan cara mendapatkan tiket, layari http://www.istanabudaya.gov.my/. Ada masa lagi. Habis 6 Mac! :)

0 Note(s):

Post a Comment