"Sampai masa tibanya waktu,
Redup hati kaum berdua,
Bila dua jasad menjadi satu,
Hidup mati jadi bersama."
KRU Studios tampil dengan buah tangan terbaru, sebuah filem epik yang paling dinantikan 'Hikayat Merong Mahawangsa'. Filem yang menelan belanja 8 juta (if I'm not mistaken, tidak termasuk kos promosi) ini ditunjangi oleh Stephen Rahman Hughes yang memegang watak utamanya.
Filem ini dimulakan dengan pengisahan tentang penyatuan dua kerajaan besar dunia, Rom dan China menerusi perkahwinan putera dan puteri mereka. Dijanjikan perkahwinan tersebut dilaksanakan di tanah besar semenanjung emas, maka berlayarlah rombongan dua kerajaan itu ke sana. Namun malang menimpa rombongan Putera Marcus dari kerajaan Rom apabila banyak armada mereka tewas dek gelora laut yang ganas. Tempang tanpa sumber tenaga dan harta, rombongan tersebut terpaksa singgah di Goa untuk meminta bantuan bagi meneruskan perjalanan mereka. Di sana, mereka telah dipertemukan dengan Merong Mahawangsa, seorang pelayar yang dikenali.
Setelah dipersetujui, mereka pun belayar dan tiba ke destinasi yang ditetapkan. Tetapi dengan tidak semena-mena, mereka telah diserang oleh puak lanun Geruda dan Puteri China telah diculik bersama pembantunya. Ramai askar yang mati dan Merong turut mengalami kecederaan. Namun dia telah diselamatkan oleh Pawang Kesum yang akhirnya menjadi salah seorang figura penting dalam penjanaan kembali tenaga Merong. Siapakah Pawang Kesum sebenarnya? Dan mampukah Merong menyelamatkan Puteri China daripada tawanan puak Geruda? Dapatkan jawapannya di pawagam.
Review
HMM adalah sebuah filem yang dibuat pada skala yang besar. Sebelum ni, hanya Tiara Jacquelina je yang berani labur 20 juta untuk buat epik Puteri Gunung Ledang. Tapi, dengan terhasilnya HMM, nyata KRU memang berani mengambil risiko.
Ternyata risiko yang diambil tak sia-sia. HMM memang membanggakan. Sekalung tahniah patut diberikan kepada pengarah, Yusry Abdul Halim dan tenaga produksi kerana berjaya menghasilkan sebuah epik aksi yang menghiburkan. HMM cukup rencah, jadi tak heran kalau filem ni diterima khalayak.
CGI > Check
Stunts > Check
Story > Check
Pelakon > Check, Check
Resepi filem-filem hebat Hollywood macam Pirates of the Caribbean, Narnia dan yang sewaktu dengannya, digunapakai dengan semampu boleh. Tetapi kalau nak dibandingkan dengan filem-filem yang disebut, HMM mungkin boleh dianggap sebagai versi gred C or D. Bukan tak nak bangga dengan pencapaian anak tempatan (sila baca paragraph kedua review ni), tapi memang banyak lagiyang perlu diperbaiki, sekiranya nak berdiri SETANDING dengan filem-filem epik lain. Terutama dari segi kerja CGI yang masih lagi boleh nampak flaws. Duplicate image nampak, glow jangan cakaplah, bersepah!. Dari segi penceritaan, HMM boleh dikategorikan sebagai not too bad la. Tapi score music memang best.
HMM memang memukau berdasarkan pandangan visual. Dengan banyak aksi stunt, darah sana sini, the show is fun to watch. Tapi HMM kurang dari segi 'rasa'. Sebagai penonton, I don't feel that much connection. Emosi yang dipaparkan lemah untuk menarik penonton turut merasai kesengsaraan watak-wataknya. Walaupun most of the actors excelled, especially Stephen Rahman (Merong), Khir Rahman (Kemawas), and Nell Ng (Ying Ying) tapi tak cukup untuk buat penonton terpesona. Cuma mungkin perwatakan Merong tu macam kurang sesuai. Seorang yang banyak cakap dan suka buat lawak.. hmmm..Jack Sparrow sangat kan?
Kalau nak dibandingkan dari segi keindahan kerja kamera, PGL wins hands down. Tapi nak berterusan bandingkan PGL dengan HMM tak boleh, sebab PGL bukan epik aksi, ianya epik cinta. So boleh nampak beza yang ketara. Pada mata umum, PGL membosankan, sebab ceritanya tak menghiburkan macam HMM. Tapi in my honest opinion, I prefer PGL, tapi bangga dengan kehebatan HMM. Tahniah KRU!
Kalau nak dibandingkan dari segi keindahan kerja kamera, PGL wins hands down. Tapi nak berterusan bandingkan PGL dengan HMM tak boleh, sebab PGL bukan epik aksi, ianya epik cinta. So boleh nampak beza yang ketara. Pada mata umum, PGL membosankan, sebab ceritanya tak menghiburkan macam HMM. Tapi in my honest opinion, I prefer PGL, tapi bangga dengan kehebatan HMM. Tahniah KRU!








2 Note(s):
Adi, i completely agree with you :)
The movie macam kosong. I was so bored after 3/4 of the movie!
Totally agree.
Tapi syabas buat KRU sebab berani buat filem epic mcm ini.
PGL still in my heart :)
Post a Comment