Salam.
Dah lama tak menulis kat sini. I'm just too busy with some projects dan juga my new baby, TekanPlay. But at the same time, rasa tatau nak update apa kat sini. But lately ni ade few incidents yang made me think and wonder few things.
Zaman sekarang ni, blog dah jadi salah satu tempat untuk para blogger berniaga kan?. Ramai blogger skang menggunakan concept macam conventional magazines, dimana the publisher akan jual space for ads. Begitu jugak dengan TV stations, radios and so forth. Basically, iklan boleh menjana untung untuk sesiapa saja.
For me, memang tak salah nak menjana untung melalui blog. Sambil menyelam minum air, sambil blogging, sambil buat duit. But what makes me wonder is, masih adakah lagi keikhlasan dalam penulisan blogger-blogger sekarang? Hmmm.
Ni ada beberapa points yang boleh difikirkan dan jugak maybe boleh jadi panduan untuk new bloggers.
1. Jangan blogging semata-mata nak jadi terkenal. Mungkin sebab semakin ramai blogger menjadi terkenal, anda pun teringin nak jadi terkenal macam mereka. Jadi anda pun buat satu blog dengan harapan anda boleh jadi seperti mereka. It's not that easy dear...
2. Tulis dengan ikhlas. Penulisan yang baik adalah datang dari hati. Tak perlu meniru apa yang orang lain buat. Tak bagus.
3. Isilah blog dengan content yang original. Tolonglah jangan copy paste artikel daripada sumber yang lain, lepas tu leave it as it is. Kalau nak letak artikel tu pun, cuba lah macam komen something from your point of view about the topic or whatsoever. Dan biarlah komen itu bernas ye. Kalau setakat komen buat lawak bodoh, baik tak payah.
4. Jangan memuji dan mencaci semata untuk populariti. Again, ni juga berkait rapat dengan point kedua. I can see ramai blogger skang rajin memberi komen terhadap sesuatu macam filem atau muzik. Memang semua orang boleh komen terhadap pelbagai benda, but please, don't call yourself a critic kalau tatau mengkritik. Berbeza ye. Fahami tujuan sebenar penulisan anda. Kalau setakat menulis review, atau pun komen yang penuh dengan puji-pujian, hanya untuk dipandang elok oleh mereka yang dipuji, silalah berhenti. Tak guna dik oi. Kalau setakat kasi komen, "it was amazing!" "the movie was good" and god knows what else, tanpa sebab kenapa komen sebegitu diberikan, better keep it to yourself. Pengkritik yang sebenar kena menilai sesuatu benda itu dari segala sudut dan akan sentiasa belajar tentang subjek yang ingin dikritik bagi menaikkan kredibiliti penulisan.
Banyak actually nak cakap pasal point no 4, sebab it's annoying kalau berjumpa dengan so called 'penulis' sebegini. Mereka tidak sedar yang mereka hanya menunjukkan bagaimana tahap 'kecerdikkan' mereka dalam menilai sesuatu. Hanya sebab ingin berada dalam kelompok mereka yang 'popular', golongan sebegini sanggup untuk menjadi hipokrit kerana tidak mahu dipandang sepi. Mereka mahu dikenali, mahu disukai. "I'm a blogger, I write about music, films and etc etc, so LOOK AT ME!". Tapi bila ditanya, apa tujuan anda menulis semua itu? Mungkin tak terjawab, atau hanya akan memberi jawapan kerana minat. Fine, anda minat, tapi tak bermakna anda 'kenal' apa yang anda minat kan? Minat harus disertakan dengan ilmu. Dan ilmu itu datang dari pengalaman menerusi pemerhatian dan jugak pembelajaran secara rasmi mahupun tak rasmi. Ingat senang ke nak kritik? Kalau note piano pun tak kenal, toksah feeling music reviewer ye. Kritiklah benda yang anda tahu dan kenal sahaja.
Lebih menjelikkan lagi, kadang-kadang tu mereka ni sanggup menulis yang baik-baik di blog tentang sesorang atau sesuatu produk tetapi in reality, Tak suka pun sebenarnya. Hadoilah, kenapalah writer ataupun blogger sebegini wujud!! Dinch!!
Blogger dan wartawan adalah golongan yang berbeza. Sebagai blogger, anda mempunyai ruang yang lebih besar untuk menjadi jujur dalam penulisan anda. Jadi gunakan ruang yang ada sebaiknya. Berhenti menjadi hipokrit hanya kerana ingin mendapat nama. Dan tak perlulah too desperate untuk dikenali. Tolonglah, lemas ok!
Menulis biarlah berisi. Jangan sekadar menulis KOSONG hanya untuk meraih populariti. Nak puji ke, nak caci ke, boleh sahaja, tapi semuanya biarlah bersebab. Penulis yang baik, adalah penulis yang akan sentiasa menilai balik hasil tulisannya, termasuklah grammar mistakes (bagi yang menulis dalam bahasa Inggeris). Kalau setakat sikit masalah tatabahasa tu takpelah, but ni consistently salah. Buat malu je...
Satu lagu, tajuk post tu, tolonglah jangan buat tajuk-tajuk yang vast tapi content HADO! Aku yang tertarik nak baca, rasa tertipu ok??
Banyak lagi nak bebel, tapi takpelah, kalau ingat, I sambung bebel.
Till then :)





3 Note(s):
Amekkawww bila Adi membebel..
But apa pun i like ur statement: "Menulis biarlah berisi jangan menulis kosong sekadar mendapat populariti" tol tuh..
Now i redha i popular ker idak janji i happy menulis2 kat blog, mbebel2 nih ;p
PojiePooh; Hanya Satu...
owh adi!!! i suka gle kot ntry nih!! suka suka suka!!
i admit if bab2 komen music or film i sgt fail!, but when it comes to photogrphy, tadaaa...haaa i boleh komen sejujur2nya..ngee3x..
keep on blogging adi!!!
emmm.. i masih baru dalam dunia blog ni.so i pun tak sure i dalam kategori blogger yang mana satu..
Paling sentap.. pasal grammer tu.. tak sure samada my grammar salah banyak atau sikit. ada tulis in English sebab rasa lebih selesa .
Post a Comment