Nota Buat Kawan

May 24, 2011

Aku paling benci orang yang bermuka-muka dan berperangai lalang. Tidak punyai pendirian dan hanya mengikut siapa sahaja yang memberikan faedah kepadanya. Tak guna kau bersembahyang 5 waktu sehari kalau hatimu masih lagi kotor. Saat kau menangis, aku yang kau cari kerana menginginkan simpati. Lalu aku terus memberi kerana aku jujur peduli. Tapi sayang, kalau lupa saat-saat itu kerana kau kini dibutakan dengan keseronokan dunia yang bersifat sementara. Kau berpaling dan lebih suka mengejar apa yang kau rasakan hebat kerana bagimu ianya memberikanmu kuasa dan nama. Mungkin akalmu masih lagi mentah kerana menganggap kaca-kaca itu intan permata. Aku hanya mampu berdoa agar kesedaran kelak melekat di jiwamu. Tetapi buat masa ini, mungkin lebih baik untuk aku luputkan mu daripada lingkungan hidupku. Terima kasih atas segalanya. Moga kau terus bahagia :)

2 Note(s):

idZzam said...

sabar itu separuh dr iman :)

Car Loan Calculator said...

chillex la

Post a Comment