FDCH = Success

Aug 10, 2011

Salam Ramadhan.

 A week has passed. Memang cepat rasa Ramadhan kali ni. Pejam celik, pejam celik, tiba-tiba dah nak raya je. Well, I’m not that excited though. Raya seems like just another holiday for me. But I’m grateful because my leave application was granted despite the fact that I’m still new here. Alhamdulillah.

 Macam dah disusun dengan baik, everything falls on the right place. Now I can really concentrate on something and I know that I’m secured, at least for the coming year. I have lots of commitments, so I need to work hard to ensure everything is in the right order. Yes, I have that problem. I want *almost*everything to be perfect. If it’s not, then I won’t feel good, for a while.

 It’s quite tiring actually to have that kind of attitude because I wonder why the hell should I care for every little things? Some things are not meant to be perfect, and it’ll stay that way no matter how hard I try to change it. Kadang-kadang aku rasa aku ni keras kepala. I hate it when thing are not the way I want it to be. Because deep inside, I believe it should be the way I believe it should be.Yes, I can be wrong at times but I know in most occasions, I’m right. I’m not basing my judgments solely on my emotions, but they are based on my own experience.

Pengalaman lalu menjadikan aku lebih berhati-hati dan aku bersyukur, masih diberikan ruang untuk menimba pelbagai pengalaman baru. Aku suka memberi nasihat. Bukan sebab aku merasakan aku sudah cukup bagus untuk menasihati orang lain, tetapi sebab I think it’s my responsibility to share the lessons I’ve learned selama aku hidup. Aku suka bertanya pada diri sendiri, dan aku akan mencari jawapan pada setiap persoalan yang timbul. Dari situ juga, aku belajar tentang banyak perkara.

Tapi biasalah, tak semua orang suka menerima nasihat, atau diberi pengetahuan yang baru, lebih-lebih lagi kalau ianya bercanggah dengan kebiasaan mereka. Manusia kan? Objek yang paling sukar diubah.

Manusia hanya boleh berubah kalau dirinya sendiri membenarkan perubahan itu terjadi. Perkara berkaitan hati dan perasaan terutamanya memang sukar diubah, kerana ianya memerlukan kekuatan dalaman yang tinggi, tetapi ianya tidak mustahil. Perkara seperti perangai, tabiat, ataupun yang sewaktu dengannya on the other hand, lebih senang untuk dibentuk sekiranya kita yakin dan percaya ianya boleh diubah.

Di sini, determination dan semangat play a huge role. Kalau kita diberitahu, ada beberapa benda yang kita buat adalah salah, seharusnya kita cuba untuk memperbaiki keadaan itu. Manusia tidak akan berjaya kalau sentiasa selesa dengan keadaan dirinya. Why would you want to have only 10 dollars when you know you can have more? That was just a simple analogy.

I’m a kind of person yang tidak suka sesuatu yang sama, in certain areas. I want to do and see new things. And I love seeing progress. Progress means to me, something is actually being done, and it is on its way to completion. Biarpun lambat, tapi asalkan usaha itu ada.

Tapi, semuanya bergantung pada attitude seseorang individu. Kalau kita betul-betul percaya dan menerima apa yang kita buat itu tidak betul, tentu kita akan berusaha dengan sehabis baik untuk memastikan perubahan akan berlaku. Tapi kalau kita hanya bersikap endah tak endah, ianya hanya ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kanan balik (go figure!).

Remember, the key to success is focus, determination, commitment, and of course, hard work. Semoga kit semua berjaya :)

1 Note(s):

ELFarahin said...

Let's JOIN this!Invite your friends also... ^^

http://sujuelfarahin.blogspot.com/2012/07/1st-segmen-by-elfarahin.html

Post a Comment